Gara- gara teruja melihat seseorang yang mempunyai dua warna berbeza pada bola mata, wanita berusia 32 tahun dari Belfast, Ireland, menanggung derita apabila mengalami cacat penglihatan selepas tatu bola matanya.
Anaya Peterson, penuntut jurusan undang-undang tidak dapat melihat selama tiga minggu lapor Oddity Central.
Satu biru, satu ungu
Hanya selepas membuat tatu warna biru Dan ungu untuk dua bola matanya, penglihatanya secara perlahan mula terjejas.
Walaupun diberi amaran oleh anak perempuan yang berusia tujuh tahun yang proses itu boleh menyebabkan buta, Peterson tetap melakukan tatu tersebut.
Selepas mengalami bengkak pada Ogos tahun lalu walaupun proses tatu adalah pada tahun 2020, Peterson ke hospital untuk memeriksa keadaannya dan antibiotik kelihatan tidak memberi kesan terhadap keradangan.
Dia menerima ubat melalui titisan selama tiga hari dan biopsi diambil daripada salah satu bola matanya.
Namun dia akhirnya terpaksa menjalani pembedahan mata untuk menyelamatkan penglihatannya.
Pakar oftalmologi memberitahu Peterson bahawa wanita itu berisiko tinggi menghidap glaukoma dan penglihatan sudah merosot secara drastik.
Baca Juga: 70 jam terperangkap dalam perigi, kanak-kanak sudah tidak bernyawa ketika diselamatkan
Baca Juga: BKM, Anwar Ibrahim paling banyak dicari di Google tahun ini