Zaman sekarang ni semua guna kad, kedai makan ke atau isi minyak. Tindakan wanita ini dengan yakin pergi ke kaunter dengan kad petron akhirnya menjadi bahan jenaka apabila dia dengan yakin tap di mesin untuk bayar walapun kad sudah ‘decline’ berkali-kali, nasib baik juga dia mengenakan mask ketika itu.
Seorang pengguna TikTok Neferti (@neferti_lika) telah memuat naik satu video yang menunjukkan rakannya ke kaunter untuk membayar makanan namun kad yang digunakan asyik ‘decline’ sahaja.
Wanita tersebut hanya menyedari kesalahannya apabila juruwang suruh dia melihat kembali kad yang digunakan ketika itulah dia menyedari dia tertukar kad bank dan kad isi minyak Petron.
https://www.tiktok.com/@neferti_lika/video/7112402195105991963?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7133363314621924865
“Kesian orang tu, nasib baik pakai mask,” komen Syafura
Warganet turut berkongsi pengalaman kelakar mereka tertukar kad bank. Ada yang menggunakan kad pelajar untuk melakukan pembayaran.
Baca Juga: Tak sempat mencuri gara-gara terlebih dos dadah
Baca Juga: Perak, Selangor dan pedalaman Sarawak dijangka hujan lebat, boleh cecah 200 mm