Neelofa kagumi ketabahan Puteri Sarah hadap orang ketiga

Neelofa kagumi ketabahan Puteri Sarah hadap orang ketiga. Bekas pengacara Meletop, Neelofa menyifatkan ujian getir yang menimpa pelakon Puteri Sarah sebagai satu perkara yang tidak masuk akal dan sungguh berat untuk dilalui.

Menurut Kosmo, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor berkata, sehingga ke hari ini dia tidak tahu bagaimana Puteri Sarah mempunyai kekuatan dan ketebahan berdepan rintangan tersebut.

“Kami ada banyak bercakap mengenai situasi yang menimpa Puteri Sarah sebelum ini. Sehingga ke satu tahap saya seperti hilang kata-kata apa yang hendak dicakapkan kepadanya.

“Ini kerana apa yang berlaku terlalu teruk apa yang dilakukan oleh pihak ketiga kepada awak.
Masa tu orang ramai tak tahu lagi, saya sendiri tak sanggup nak hadam apatah lagi awak yang kena lalui.

“Memang awak seorang yang terlalu sabar dan kuat,” tulis Neelofa menerusi komen yang ditinggalkan dalam hantaran Instagram terbaru Puteri Sarah.

Tak dapat bayang situasi jika terjadi kepada dirinya

Pada masa sama, pengacara berusia 33 tahun dan isteri kepada pendakwah bebas PU Haris itu menyifatkan, dia sendiri tidak sanggup untuk berdepan situasi tersebut jika masalah serupa berlaku kepadanya.

“Kita borak banyak tentang hal ini. Sampai satu masa, saya dah tak tahu nak kongsi nasihat apa, sebab terlalu teruk pihak ketiga punya buli dia terhadap awak,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah memuat naik video temu bual bersama media ketika memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap pihak ketiga iaitu Ira Kazar.

Bukan sekadar didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Syamsul Yusof, Ira juga dikatakan mengganggu kehidupan Sarah sendiri dengan menghantar pelbagai ugutan menerusi DM (mesej) dalam sosial media menggunakan puluhan akaun palsu yang diciptanya.

Baca Juga: Sudah tidak tinggal sebumbung, Puteri Sarah mohon Ira Kaza berhenti menganggunya

Baca Juga: Rasa panas semacam sekarang, perkara penting ini rakyat Malaysia perlu tahu