“Rajin buat kerja… tak padan dengan kecik.. comell!,”
Itu antara komen netizen apabila melihat gelagat seorang anak kecil ini yang ‘bekerja’ di kedai makan.
Siapa sahaja yang tak geram bila tengok telatah budak kecil itu yang berpewatakan seperti orang dewasa.
Perkongsian video melalui akaun TikTok @upiekacang, seorang kanak-kanak perempuan dilihat sedang sibuk mengangkat bekas gelas minum pelanggan di sebuah kedai makan.
Kanak-kanak itu dengan ‘gayanya’ yang tersendiri mengangkat gelas dengan penuh yakin sekali gus membuatkan pengunjung dan warga maya geram dengan adik tersebut.
Rata-rata netizen kagum dengan kerajinan adik tersebut walaupun dia masih kanak-kanak.
“Alahai comel nyaaa.. kecil-kecil dah rajin..”
“Harap sampai ke besar rajinnya dik!”
Baca Juga: Biawak gergasi ‘shopping’ mengejutkan pengunjung
Baca Juga: Lelaki tersilap bayar tambang teksi lebih 1,000 kali ganda, nasib baik dapat semula