Netizen ‘berpeluh tapak tangan’ tengok wanita ini berada di puncak KLCC

Bukan biasa-biasa, seorang wanita digelar ‘Iron Lady’ apabila dia berada di puncak Menara Berkembar Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Dalam video yang dikongsikan di akaun TikTok @siva_wwc6, memaparkan seorang wanita berhijab tidak gentar bekerja di bahagian paling tinggi mercu tanda Kuala Lumpur yang berketinggian 88 tingkat itu.

Beliau lengkap memakai alat keselamatan, namun netizen pula menyifatkan mereka berpeluh tapak tangan apabila melihat tugasan yang dilaksanakan wanita itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya meninggalkan pelbagai reaksi terhadap keberanian yang dimiliki wanita tersebut.

“Aku nak panjat tangga tukar mentol lampu pun dah rasa mcm panjat KLCC, blm lagi panjat yg btul2, mahu turun2 org kena derma darah kat aku,” komen seorang pengguna media sosial.

“Kalau aku hilang dah rasa lutut. Memang x dapat berdiri tegak dah. Handal mereka semua. Semoga semua urusan dipermudahkan,” komen seorang lagi netizen.

Malah ada pengguna laman maya yang menyifatkan wanita itu sememangnya mempunyai jiwa yang kental.

“Mmg jiwa kental je mampu buat keje cmnie.. terbaik ironlady!,” kata netizen.

Setakat ini, video berkenaan telah tular dan meraih hampir 2 juta tontonan, 191,000 tanda suka dan 10,000 perkongsian.

Baca Juga: Padu! Aksi luar biasa penjaga gol ini buat netizen tercari-cari siapakah dia

Baca Juga: Adik ini timang bola ala pemain profesional, netizen luah rasa kagum dengan kemahiran dimilikinya