Noh jawab isu masalah rumahtangga dengan Mizz Nina

Noh jawab isu masalah rumahtangga dengan Mizz Nina. Tiba-tiba tular mengenai isu rumah tangga di antara vokalis Hujan, Noh Salleh dan isterinya Mizz nina yang dikatakan bermasalah.

Memetik Harian Metro, bagaimanapun Noh menafikan gosip tersebut serta mengatakan dakwaan itu tidak benar. Malah, Noh juga mengatakan dia juga tidak sangka cerita seperti itu boleh timbul.

“Entahlah.. tiada komen. Anda semua kena tipu… good luck (selamat berjaya).

“Saya baru dimaklumkan oleh wakil pengurusan mengenai gosip yang timbul ini. Tak sangka ada cerita begini pula yang timbul.

“Apa yang boleh saya katakan itu adalah berita palsu,” kata Noh.

Beri lebih tumpuan kepada anak angkat

Dalam pada itu, Noh berkata tidak pernah timbul isu seperti yang diperkatakan sebaliknya dia lebih beri tumpuan terhadap anak angkat mereka, Musa yang kini sudah berusia tujuh bulan.

“Apabila ada anak sayang itu di tahap berbeza. Saya baru sedar perkara itu. Sekarang ini lebih fokus kepada kesihatan anak. Setiap dua minggu sekali akan bawa anak kami melakukan pemeriksaan,” katanya.

Baca Juga: Mizz Nina bersyukur dapat sambut Ramadan kali ini bersama Noh dan Musa

Baca Juga: ‘Mana ada penjajah perli Melayu suruh bersatu, kamera jangan gegar’, ini senarai apa penonton mahu untuk Mat Kilau 2