Kakak kepada selebriti popular Neelofa, iaitu Noor Nabila akhirnya memuat naik gambar bersama suaminya, Engku Emran dalam InstaStory semalam.
Gambar yang dikongsi Nabila itu sekali gus menepis dakwaan kononnya sebelum ini rumah tangga yang dibina bersama Engku Emran, bergolak.
Difahamkan perkongsian di InstaStory itu, bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya ke-38 semalam yang dihadiri ahli keluarga terdekat.
Tanpa meletakkan sebarang ucapan, Engku Emran dalam gambar tersebut dilihat merangkul bahu isterinya dengan memakai baju putih sama seperti Nabila.
Terdahulu, media melaporkan kisah rumah tangga pasangan ini menjadi teka-teki apabila Noor Nabila memadam semua foto di media sosial bersama suaminya.