‘Pack smart’, ini 10 tips melancong untuk anda si ‘Beginner’

Memasuki fasa endemik tak lama lagi, rakyat Malaysia bolehlah mula merancang untuk melancong dengan idea ‘pack smart’. Jika anda tak tahu, bermula 1 April depan sempadan Malaysia bakal dibuka, maka rakyat Malaysia sudah mula merancang untuk ke luar negara.

Jika ini kali pertama anda melancong, ini adalah antara tips yang anda boleh praktikkan.

1) Pemilihan baju.

Tak perlu dress up yang terlalu keterlaluan, cukuplah kita mengkaji negara yang bakal kita lawati dan pilihlah baju yang bersesuaian dengan cuaca. Elakkan dari membawa beg sandang yang besar atau beg pinggang yang kecil kerana ianya memudahkan anda untuk menjadi sasaran dan paling buruk, dirompak.

2) Sediakan wang secukupnya

Berapa banyak wang yang anda perlu bawa dan dalam bentuk apa, wang tunai mahupun kad. Cara yang paling senang ialah bawa kad anda dan hanya keluarkan wang yang anda perlukan.

Tidak perlu membawa wang di dalam dompet kerana bimbang ia mungkin akan hilang.

3) Bajet anda tak semestinya betul

Bila melibatkan wang yang banyak, para pelancong akan automatik menjadi akauntan. Namun percayalah walau sekuat mana kita merancang perbelanjaan, kita pasti akan menggunakan lebih dari bajet yang ditetapkan.

Selalunya duit ini akan digunakan untuk membeli cenderamata , pakej melancong yang mahal atau benda yang kita tak ramal untuk berlaku. Perkara paling penting, jangan tertekan kalau anda terlebih bajet. Pastikan duit kecemasan disediakan supaya ia tidak menggangu mood anda.

4) Buat kajian mengenai tempat yang bakal dituju

Amatlah penting untuk kita mengetahui tempat yang bakal dituju. Semua di hujung jari, ambil telefon bimbit anda dan mulakan pencarian mengenai tempat yang menarik dan makanan yang boleh di cuba di negara terbabit.

5) Berjumpa dengan orang tempatan

Tak kisahlah anda tinggal di hotel 5 bintang mahupun hostel, anda pasti akan berjumpa dengan pelancong yang lain.

Jika anda melancong ke tempat itu melebihi satu bulan, bahasa mungkin boleh menjadi penghalang, berjumpa orang tempatan boleh memperbaiki pengalaman melancong anda. Anda juga boleh mempelajari bahasa negara yang anda tuju.

6) Pilihan kenderaan yang digunakan untuk melancong

Kalau anda ingin mengurangkan carbon emission, anda boleh melancong menggunakan kapal yang perlahan untuk menjimatkan wang anda.

Apabila sampai destinasi, anda boleh melawat negara itu menggunakan basikal, naik kuda ataupun berjalan kaki. Mendaki atau menggunakan basikal mampu menjadikan perjalanan anda lebih epik, tambahan pula ia adalah lebih baik untuk persekitaran.

7) Jadi realisitik

Anda tidak boleh fikir yang melancong ini hanya ada moment yang seronok sahaja, anda perlukan masa untuk berehat dan habiskan selebihnya dengan melawati tempat-tempat yang menarik.

Paling penting jangan merancang untuk pergi ke terlalu banyak tempat, kita pastinya tak mahu menghabiskan masa berada di dalam kenderaan awam untuk ke destinasi seterusnya.

8) Pack Smart

Bawa baju kurang dari lima helai dan hanya dua pasang kasut dan sandal adalah satunya. Packing Light adalah amat penting kerana anda pastinya akan membeli barangan ketika melancong juga.

9) Ambil semua nasihat yang diberikan

Sebelum dan semasa anda melancong, anda pasti akan dipenuhi dengan nasihat mengenai melancong daripada orang ramai. Dengar dan ambil nasihat yang penting. Pastinya orang yang sudah biasa melancong akan memberi amaran apa yang boleh lakukan ataupun tidak.
Anda masih boleh melawat ke tempat yang orang lain kata bahaya, namun berhati-hati agar tidak ditimpa kecelakaan.

10) Berhati-hati

Adakah anda pasti anda mahu lakukan ini. Risiko terbesar dalam melancong bukanlah sakit perut, penyamun yang agresif, pepijat atau penyeluk saku. Ia adalah ketagihan.

Dalam peringkat yang lebih lanjut, penderitaan ini boleh menyebabkan anda berhenti kerja, meninggalkan pasangan, menjual rumah anda atau menghabiskan simpanan hidup anda dalam masa beberapa bulan.

Jadi anda bolehlah mula merancang jika mahu melancong selepas mula fasa endemik bulan April ini.

Baca juga: https://themalaysialife.com/tak-bertanggungjawab-sampai-langgar-kereta-orang-sebab-nak-elak-bayar-tol/

Baca juga: https://malaysiadateline.com/mahkamah-vaksin-sepatutnya-yang-tentukan-kematian-disebabkan-vaksin-atau-komorbiditi/