Bagi pemakai gigi palsu, pastinya anda dinasihatkan untuk membuka gigi sebelum tidur atas faktor keselamatan. Namun tindakan wanita ini yang tidak mengendahkan saranan doktor akhirnya bawa padah apabila dia maut tercekik gigi palsunya ketika tidur.
Wanita yang berasal dari Armenia, Maria Farías Guzman, 48, dikatakan tidur dengan gigi palsunya masih dipakai di dalam mulut. Keluarganya hanya tersedar mangsa tercekik apabila mendengar bunyi pelik dari bilik tidurnya namun mangsa sudah tidak bernafas ketika ditemui.
Maria cuba diselamatkan di Hospital del Sur, Quindi, walaupun saluran pernafasan sudah dibersihkan, mereka tetap tidak berjaya menyelamatkannya.
Jurucakap Jabatan polis Quindio, William Alberto Zubieta Pardo berkata, wanita itu sudah tidak bernyawa ketika proses rawatan dilakukan ke atasnya.”
“Tetapi, dia tiba di hospital tanpa tanda-tanda bernyawa dan kakitangan melakukan rawatan dan prosedur sewajarnya bagi membersihkan saluran pernafasannya, tetapi dia tetap tidak bertindak balas,” katanya.
Katanya, butiran lanjut akan diberikan sebaik sahaja laporan besah siasat selesai.
Baca Juga: Lelaki ini ‘kawan’ dengan aligator, berjaya atasi kemurungan
Baca Juga: Babi jadi ’emas’ – Kadar inflasi di negara ini tertinggi dalam dua tahun