Padu! Aksi luar biasa penjaga gol ini buat netizen tercari-cari siapakah dia

Bola sepak merupakan permainan berpasukan yang digemari pelbagai lapisan masyarakat, sama ada dalam atau pun di luar negara.

Setiap pemain yang berada di posisi masing-masing mempunyai tugas mereka tersendiri demi memastikan pasukan memperoleh kemenangan apabila menentang pihak lawan.

Namun, benteng terakhir dalam sebuah pasukan iaitu penjaga gol sememangnya memikul tanggungjawab yang lebih berat.

Ketangkasan, kecerdikan dan kecekapan seseorang penjaga gol pastinya boleh membuatkan orang ‘terpukau’ dengan kemahiran mereka.

Begitu juga dengan seorang penjaga gol ini yang videonya tular di TikTok baru-baru ini.

 

Kecekapan pemain itu menafikan beberapa sepakan penalti pihak lawan sememangnya ‘memukau’ netizen.

Dia dilihat bijak membaca sepakan pihak lawan sehingga berjaya menepis bola itu daripada masuk ke gawang gol.

Menjengah ke ruangan komen, netizen dilihat memuji aksi pemain tersebut.

“Mcm dia nampa ke mana arah kaki tu.”

“Hebat!! Bakat yg perlu digilap bakatnya, jgn disia-siakan.”

“Ada gaya-gaya mcm Oliver Khan.”

Baca Juga: PRU-15: PKR umum Hasni Abas calon di Parlimen Sembrong

Baca Juga: ‘Sebab bukan rumah tangga anak dia yang runtuh’ – netizen berang Kazar pertahan kesalahan anak