Panadol dah ada tiruan, wanita terkejut nasib baik tak sempat telan

Panadol dah ada tiruan, wanita terkejut nasib baik tak sempat telan. Itulah situasi yang dihadapi pengguna Facebook mengenai ubat yang dibeli adalah tiruan.

Rashidah Ahmad berkongsi mengenai penemuan yang mengejutkan itu di hantaran Facebook miliknya.

Dia berkongsi mengenai kehabisan Panadol Actifast tersebut di Speedmart sehingga dia terpaksa membelinya di kedai aceh namun mendapati bungkusan panadol tersebut kelihatan agak pelik.

“Apabila buka tablet tersebut, pegang tablet dah rasa lain sebab agak berdebu, cubalah lihat bentuk tablet tu, nampak sperti guna acuan yang  pelik.

“Saya pun ambil gambar ini dan hantar kepada pelanggan saya. Dia kerja QC kat Glaxo yang buat panadol ini. Dia menasihatkan saya untuk tidak makan sebab panadol tersebut adalah palsu. Nasib baik saya tidak makan malam tadi,” katanya.

Pengguna Facebook tersebut menasihatkan agar pembeli lebih berhati-hati kerana terdapat banyak benda palsu dijual di luar sana termasuklah ubat-ubatan demi mengaut keuntungan besar.

Baca Juga: Lepas viral pensyarah hina pelajar B40, UiTM maklum akan ambil tindakan segera

Baca Juga: Dimaki pensyarah ‘tak boleh duduk dengan orang B40’: Ini pengalaman bekas pelajar yang tersakiti