Pasangan bercinta baru 8 bulan ditemui maut bersama

Pasangan yang dikatakan maut disebabkan gas karbon monoksida baru sahaja bercinta 8 bulan lalu seperti yang didedahkan rakan kepada mangsa yang juga orang yang menemukan pasangan tersebut yang sudah tidak bernyawa.

Rakan kepada remaja perempuan itu mendakwa, kedua-dua mangsa telah menjalinkan hubungan sejak lapan bulan lalu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Damia berkata, si mati perempuan telah meminta bantuan untuk menghantarnya ke lokasi kejadian bagi berjumpa pemuda berkenaan, petang semalam (Selasa).

“Dia (mangsa perempuan) telah berkenalan dengan teman lelakinya melalui aplikasi Instagram dan telah menjadi kekasih selama kira-kira lapan bulan.

“Semalam, dia ada minta tolong saya hantar ke Japerun sebab mahu berjumpa teman lelakinya dan saya telah menghantarnya dengan motosikal sebelum pulang semula ke rumah,” katanya ketika ditemui pemberita Utusan di lokasi kejadian.

Damia bagaimanapun mengaku terkejut ketika dihubungi kakak mangsa pagi semalam untuk bertanya keberadaan mangsa yang tidak pulang sejak petang hari kejadian.

“Saya terus bangun dan mencarinya di kawasan sekitar sebelum ke Japerun tersebut dan ternampak kereta kancil dipandu teman lelakinya ada diparkir di situ.

“Kereta itu ditutupi dengan kain kanvas dan apabila saya selak, saya nampak mereka berdua tetapi dalam keadaan tidak sedarkan diri. Saya terus maklumkan kepada kakaknya,” katanya.

Baca Juga: Mati terhidu gas karbon monoksida, nyawa pasangan kekasih remaja melayang khabarnya cinta tidak direstui

Baca Juga: Masa cuti sekolah je semua jadi harga yahudi, netizen tak puas hati peniaga naik harga tinggi