Pastikan pengundi 18 tahun keluar mengundi, undian penting untuk masa depan negara

Dapat dilihat setiap parti kini semakin aktif dalam mendekati pengundi 18 tahun yang buat pertama kalinya mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Pilihan raya adalah teras kepada amalan demokrasi dalam negara untuk memilih pemimpin dan kerajaan jadi inilah peluang untuk memilih kerajaan yang lebih stabil.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, kesempatan ini perlu dimanfaatkan sebagai pengundi kali pertama untuk memilih kerajaan yang lebih stabil.

“Kita ingin melihat jumlah yang keluar mengundi lebih tinggi kerana dia akan memberi gambaran kepada tahap kesejahteraan amalan demokrasi dalam negara lapor Utusan.

“Kalau jumlah yang keluar mengundi 50 peratus sahaja, sebenarnya itu tidak memberikan satu gambaran yang baik kepada amalan demokrasi yang kita inginkan.”

Dalam pada itu, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, apa yang penting adalah untuk terus mempertingkatkan kempen kesedaran terhadap tanggungjawab rakyat menyempurnakan proses demokrasi.

“Saya telah memberitahu televisyen (media) supaya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkan SPR menyempurnakan tugas-tugas mereka termasuklah menyeru pengundi-pengundi awal iaitu undi pos.

“Ini adalah hak rakyat dan kita kena yakin kepada kebijaksanaan rakyat dan oleh itu kita perlu menggalakkan rakyat menunaikan hak mereka,” ujarnya.

Baca Juga: Iblis dalam Pakatan?-Menipu, makan gaji buta, sakau duit rakyat pun sifat iblis juga

Baca Juga: ‘Kita pernah bagi penyamun jadi PM, kenapa kali ini tak boleh beri peluang kepada Anwar?’