PDRM buka kertas siasatan sebab orang ramai mengadu dapat mi segera perisa babi lepas derma darah

PDRM buka kertas siasatan sebab orang ramai mengadu dapat mi segera perisa babi lepas derma darah. Polis Diraja Malaysia membuka kertas siasatan terhadap kes berkaitan pemberian cenderahati lepas derma darah.

Pemberian yang mengandungi mi segera berperisa daging babi cincang tersebut dikatakan berlaku ketika program derma darah di pusat beli-belah di Batu Pahat, kelmarin.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, polis menerima laporan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai perkara berkenaan, 11.38 pagi semalam.

“Laporan berkenaan mengenai sebahagian daripada penderma darah menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

Orang melayu jarang derma darah?

Adakah orang melayu jarang derma darah di Batu Pahat sehingga pihak NGO tidak sensitif dalam memberi cenderahati tersebut. Bukankah makanan yang diberikan sepatutnya untuk memberi tenaga kepada penderma darah.

Katanya, siasatan awal mendapati, program derma darah anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan hospital di sini diadakan di pusat membeli-belah di Batu Pahat kelmarin.

Menurut Ismail, selepas selesai menderma darah, mereka menerima bungkusan cenderahati daripada NGO berkenaan.

“Sebahagian penerima adalah beragama Islam mendapati didalam beg berkenaan terdapat mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

“Susulan kejadian berkenaan, pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan siasatan lanjut berkaitan dengan kejadian terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, beberapa individu dipanggil dan rampasan turut dilakukan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A/504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara ataupun denda atau kedua-duanya.

Baca Juga: Wanita tergamak bunuh bayi sendiri hanya sebab tak tahan dengar tangisan

Baca Juga: Netizen kurang senang ibu bapa bawa bayi ke pawagam tengok cerita Mat Kilau, melalak sampai ganggu orang