Pemilik Lamborghini ini hina Honda, sekali netizen bawa bukti kecam tuan badan

Sudah menjadi tanggungjawab setiap pemandu untuk parkir dengan betul dan berhemah apabila berada di tempat awam. Hal ini bagi mengelakkan daripada berlaku isu melibatkan kereta dihalang pemandu lain atau sebaliknya.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang pemilik Lamborghini di Singapura mengalami masalah untuk membuka pintu kenderaan gara-gara kereta bersebelahan dengannya iaitu sebuah Honda Civic parkir secara rapat dengan pintu keretanya.

Beliau yang berang dengan situasi tersebut memilih untuk menularkan perkara tersebut di media sosial. Bukan itu sahaja, beliau turut meluahkan kata-kata kesat kepada pemilik kereta Honda berkenaan dengan mendakwa pemilik kereta tersebut tidak berkemampuan dan mempunyai EQ yang rendah.

Perkongsian di media sosial yang disangka mendapat sokongan netizen nampaknya bertukar sebaliknya di mana orang ramai mengecam tindakan beliau yang parkir kereta Lamborghini secara senget.

Bukan sahaja kecaman yang diterima, malah pihak netizen turut menyemak nombor pendaftaran dalam mengetahui rekod saman. Selain itu, para netizen turut mendapati kereta tersebut gagal memperbaharui cukai jalan.

Berdasarkan hasil ‘semakan’ netizen, kereta Lamborghini ini telah disemak nombor pendaftaran dalam mengetahui rekod saman. Selain itu, para netizen turut mendapati kereta tersebut gagal memperbaharui cukai jalan.

Semakan yang dibuat sekaligus membuatkan pemilik kereta yang bangga dengan keretanya ini menjadi mangsa kecaman netizen gara-gara tindakan beliau sendiri. Berikut merupakan antara komen netizen mengenai isu kereta Lamborghini ini.

Isu yang berlaku seolah memberi pengajaran kepada pemilik kereta Lamborghini berkenaan agar tidak mendabik dada dengan kereta yang dimiliki serta menghina kereta individu lain. Kegagalan parkir dengan betul akhirnya telah memakan diri setelah pintu kereta gagal dibuka.

sumber : https://www.thevocket.com/gagal-buka-pintu-lamborghini-cubaan-pemilik-ini-menghina-kereta-honda-dikecam-netizen/