Baru-baru ini tular isu Puteri Balqis yang membuat pendedahan eksklusif mengenai apa yang terjadi kepada dirinya di saluran YouTube, Bro Gang TV hingga dianggap sebagai satu bentuk eksploitasi seksual dan pihak berkaitan perlu diambil tindakan.
Namun Youtuber ini menafikan pihaknya memaksa remaja tersebut untuk menceritakan pengalaman hidup sehingga tular video tersebut. Sebaliknya, YouTuber itu berkata, pelakon itu sendiri yang mahu berkongsi kisah hidup.
YouTuber, Bros Gang TV, menjelaskan bahawa pihaknya tidak memaksa seorang pelakon remaja untuk menceritakan mengenai pengalaman hidupnya sehingga video itu tular, baru-baru ini.
YouTuber itu memberi reaksi itu menerusi hantaran di Instagram (IG) lewat malam tadi susulan artikel Harian Metro bertajuk ‘Youtuber eksploitasi pelakon remaja perlu diambil tindakan’.
Artikel tersebut melaporkan kenyataan Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia Datuk Dr Raj Karim yang menyifatkan perbuatan menyiarkan video berkenaan adalah suatu bentuk eksploitasi seksual dan pihak berkaitan perlu diambil tindakan.
Menurut Raj, YouTuber terbabit tidak mempunyai hak untuk menyiarkan pendedahan remaja itu kerana tindakan didakwa dilakukan bapa pelakon terbabit adalah suatu bentuk perbuatan jenayah.
Pendedahan luar jangkaan
Bros Gang TV memaklumkan pendedahan pelakon remaja berkenaan adalah di luar jangkaan pihaknya dan menegaskan bahawa pihaknya sudah mendapat keizinan dan persetujuan daripada pelakon terbabit sebelum memuat naik video berkenaan.
Menerusi hantaran sama, YouTuber itu turut menyangkal dakwaan pihak yang mengatakan perkongsian video di YouTube membabitkan pelakon terbabit bertujuan mengejar tontonan yang tinggi.
Baca Juga: Ugut nak sebar video bogel jika tak bayar duit, lelaki usia 23 tahun ditahan