Tular sebuah video yang menunjukkan seorang wanita mengopek labu bawang putih sebelum dimasukkan ke dalam plastik. Ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati, tambahan pula tindakan wanita ini kononnya hak pembeli untuk memilih terlebih dahulu.
Di Facebook pula seorang pengguna bertindak untuk mempertahankan wanita tersebut dengan menggunakan haknya sebagai pembeli untuk memilih bawang tersebut kerana dikatakan menggunakan wang sendiri.
“Kenapa nak kecam? penting diri? Dah kita bayar, kita ada hak untuk memilih. Orang yang kecam ini mesti yang jenis suruh mak beli bawang di pasar.
“Kalau tak buat macam tu, susah nak tahu dalam tu ada yang busuk ataupun tidak. Sebab tu kena buka, barulah harga setimpal dengan yang beli.
Wanita tersebut turut menyalahkan sesiapa yang lambat kerana baginya orang lambat selalu rugi. Tindakan wanita ini dikatakan menyusahkan para pekerja oleh netizen.
“Orang macam inilah yang menyusahkan orang lain, Kalau awak nak bawang putih yang cantik semua baik awak beli yang dah kupas. Ada jual yang sikit, ada jual yang banyak. Itu baru berbaloi dengan harga,” komen salah seorang netizen.
“Jangan buat mcm ni, memang ada hak untuk memilih memang dah bayar tapi bayar pada harga apa? Harga lambak. Tentu lebih murah daripada yang dah siap kopek cantik pastinya tiada buruk tu.”
Ada netizen yang mempersoal wanita tersebut mungkin tidak pandai memilih bawang, kerana orang yang sduah tahu pastinya yang dipilih mereka hanya akan ada seulas bawang yang rosak.
“Mesti tak pandai pilih bawang putih, orang kalau pandai pilih dia tahu dah yang mana kat dalam ada rosak atau tidak. Jadi belajar lebih lagi puan sebab saya lihat puan pun mungkin sama dengan geng suruh mak pergi pasar,” komen pengguna lain.
@milonurli_ Makcik bawang datang lagi 😖
Tak salah nak pilih bawang mana elok dengan yang tak elok, tapi janganlah ambil yang besar lepastu sepahkan yang rosak dengan yang masih elok. Ini tak kira lambat ke tak, yang penting adab membeli itu dah hilang.
Baca Juga: Muka tiba-tiba berdarah, mainan cucu jalan sendiri jam 3 pagi Ustaz Kazim akan terus berdakwah
Baca Juga: Terbangkan dron pada sambutan Hari Kebangsaan tanpa kelulusan boleh didenda RM500,000