Perang Rusia-Ukraine, Walt Disney hentikan semua aktiviti perniagaannya di Rusia

The Walt Disney Company, biasanya hanya dikenali sebagai Disney ialah konglomerat media dan hiburan multinasional Amerika yang mempunyai beribu pejabat di kompleks Walt Disney Studios di Burbank, California.

Disney pada asalnya diasaskan pada 16 Oktober 1923, oleh adik beradik Walt dan Roy O. Disney sebagai “Disney Brothers Cartoon Studio”; ia juga beroperasi di bawah nama “The Walt Disney Studio” dan “Walt Disney Productions” sebelum ditukar secara rasmi kepada The Walt Disney Company pada tahun 1986.

Syarikat Walt Disney pada Khamis lalu mengumumkan untuk menghentikan semua aktiviti perniagannya di Rusia akibat peperangan berterusan di Ukraine, lapor Agensi Anadolu.

Keputusan ini temasuklah perlesenan terhadap kandungan dan produk, aktiviti Disney Cruise Line, majalah dan lawatan National Geographic, penerbitan kandungan tempatan dan penyampaian kandungan video melalui rangkaian siaran atau kabel, menurut Disney menerusi satu kenyataan.

“Sesetengah daripada aktiviti perniagaan itu boleh dan akan kami hentikan serta-merta. Lain-lain — seperti penyampaian kandungan video dan beberapa kandungan serta perlesenan produk – akan mengambil masa disebabkan isu knotrak,” tambah kenyataan itu.

Memetik BERNAMA, Disney berkata ia akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi pertubuhan bukan kerajaan untuk menyalurkan bantuan segera kepada perlarian.

Syarikat itu turut mengumumkan bahawa ia telah menghentikan sementara tayangan filemnya di Rusia bermula 28 Februari.