PH sah tidak bubar DUN di 3 negeri

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, fokus tiga kerajaan negeri itu kini lebih tertumpu ke arah masalah mendesak berkaitan banjir.

“Oleh demikian saya dan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mempunyai pendirian sama pada peringkat awal, DAP mengambil masa menjelaskan pendirian mereka.

“Tapi akhirnya Setiausaha Agung DAP (Anthony Loke) memutuskan bahawa kita PH dan tiga negeri PH akan bersama membuat keputusan menangguhkan pilihan raya negeri supaya tumpuan dibuat menangani permasalahan banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Baca Juga: NSRC sediakan talian khas untuk penipuan siber, dail sahaja 997

Baca Juga: Scammer guna nama untuk bina madrasah, Nazrey Johani buat laporan polis