Polis cari individu yang terlibat dalam kes penari separuh bogel

Polis cari individu yang terlibat dalam kes penari separuh bogel. Beberapa lagi tangkapan akan dilakukan polis bagi membantu siasatan di satu majlis sambutan Hari Raya di Centrewalk I-City Shah Alam pada 27 Mei lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, sejurus selepas kejadian itu, pihaknya menahan penganjur yang menempah penari pondan separuh bogel dalam majlis berkenaan.

Katanya, penganjur berkenaan direman sehari untuk dirakam keterangan dan dia sudah dibebaskan.

“Proses rakam keterangan kes terbabit belum selesai memandangkan kita akan melakukan beberapa lagi tangkapan secara berperingkat.

“Ini kerana ada dalam kalangan mereka termasuk penari berada di luar kawasan,” katanya.

Arjunaidi berkata, pihaknya kini dalam proses melengkapkan keterangan daripada saksi kejadian.

“Kita akan mengumpul keterangan yang diambil bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada timbalan pendakwa raya nanti untuk arahan lanjut,” katanya.

Sebelum ini, seorang instafamous ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kejadian tular, pondan menari separuh bogel serta pembakaran bunga api sehingga mengganggu ketenteraman awam di kawasan berkenaan.

Baca Juga: Pelik! Biri-biri jantan dipenjara 3 tahun kerana membunuh