Polis jumpa bukti baru, kali ni nampak orang berdiri atas bot masa kematian Tangmo

Polis Thailand dilapor sedang menyiasat satu bukti baharu video dipercayai rakaman sebelum aktres Tangmo Nida yang terjatuh ke dalam sungai bulan lalu.

Difahamkan, pihak polis telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seseorang berdiri dan duduk di belakang bot laju sebelum Tangmo terjatuh ke Sungai Chao Phraya.

Bagaimanapun, polis tidak menyatakan sama ada orang yang dilihat dalam rakaman itu adalah Tangmo atau tidak lapor Bangkok Post.

Pesuruhjaya Wilayah Polis Wilayah 1 Pol Lt Jen Jirapat Phumuchit berkata penyiasat telah memperoleh “bukti baharu” daripada video CCTV yang diambil dari bangunan di tepi sungai Chao Phraya.

“Bukti ini berguna kerana ia akan membantu penyiasat mendapatkan kejelasan berhubung kes ini,” kata Jirapat.

Beliau berkata polis akan meminta pakar dari syarikat produksi untuk membantu meningkatkan kejelasan rakaman dan memeriksa koordinat GPS bot laju itu.

Sementara itu, pengarah Institut Sains Forensik Pusat Kementerian Kehakiman Pol Kol Songsak Raksaksakul berkata institut itu akan menubuhkan panel bagi menjalankan bedah siasat kedua mayat Pattarathida sepertimana diminta ibunya, dan akan menjemput doktor dari institut lain untuk menyertainya.

“Mayatnya akan disimpan di Hospital Universiti Thammasat, dan pemeriksaan semula dijangka selesai dalam tempoh tidak kurang daripada 30 hari,” kata Pol Col Songsak.

Mayat aktres itu sepatutnya sudah dibakar, tetapi ibunya pada Sabtu memohon penyiasat untuk memindahkan mayat ke institut untuk pemeriksaan semula.

Ketua Jabatan Siasatan Khas (DSI) Trairit Temahiwong berkata DSI akan menyiasat kes itu jika keluarga Pattarathida meminta jabatan itu berbuat demikian.

Bekas pengarah Institut Sains Forensik Pusat Khunying Dr Pornthip Rojanasunant pada hantarannya di Facebook bahawa keluarga itu mungkin mempunyai peluang yang sukar untuk mengakses keputusan bedah siasat.

Beliau berkata ramai orang tersilap bahawa hanya polis mempunyai akses kepada laporan ini.
Mengikut undang-undang, doktor forensik mempunyai kewajipan untuk mendedahkan kebenaran.

Namun memandangkan bedah siasat di Thailand telah disekalikan dalam siasatan polis, proses itu mungkin tidak telus sepertimana sepatutnya, kata Dr Porntip.

Beliau berkata Thailand harus menerima pakai Protokol Minnesota PBB, satu set garis panduan yang menyatakan bahawa doktor perlu bebas dan telus.

Baca juga: https://themalaysialife.com/netizen-malaysia-ni-obses-sangat-dengan-tangmo-kan-dah-kena-tegur-dengan-ustaz-kazim/

Baca juga: https://malaysiadateline.com/wajib-tahu-medical-card-tak-cover-8-perkara-ni/