PRU-15: Dr Dzulkefly sah pertahan kerusi Kuala Selangor

Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan dirinya bakal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut Dr Dzulkefly, keputusan itu dibuat atas dasar setia dan taat kepada parti, walaupun sebelum ini beliau berhasrat mahu berundur dan memberi laluan kepada calon lebih muda.

“Pucuk pimpinan dan PH sebulat suara bersetuju mahu saya mempertahankan kawasan (Parlimen) P096 ini.

“Berapa penjuru pun pertandingan (PRU) itu, saya akan mendukung cita-cita ini,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program serahan bantuan Deepavali Pusat Daerah Mengundi (PDM) Jeram Utara di Sungai Buloh Sasaran, semalam.

Untuk rekod, Dr Dzulkefly memenangi kerusi Parlimen Kuala Selangor pada PRU-12 namun tewas kepada BN pada PRU-13.

Beliau bagaimanapun kembali merampas kerusi Kuala Selangor daripada BN pada PRU-14.

Baca Juga: Piala AFC: Khalid harap KL City raih kemenangan malam ini

Baca Juga: Kambing ni buat gaya ala diva, netizen geli hati binatang pun boleh ‘sombong’