Pulak dah. Pakej bangun sahur pun ada jual dekat Shoppee, siap charge lebih kalau nak panggil sayang

Pulak dah. Pakej bangun sahur pun ada jual dekat Shoppee, siap charge lebih kalau nak panggil sayang. Aplikasi Shoppee ni dah tak asing lagi dengan kita. Dari sekecil-kecil barang pun kita sanggup beli dekat Shoppee. Shoppee pun menjanjikan pelbagai jenis barang yang kita boleh dapati dengan mudah.

Mungkin tak nak terlepas peluang untuk turut berniaga sempena bulan puasa nanti, nampaknya ada yang sudah mula menjual perkhidmatan kejut sahur dekat Shoppee.

Nampaknya inilah peluang untuk anda yang bujang-bujang memanfaatkan perkhidmatan ini. Agak mencuit hati juga kerana kita tidak sangka ada juga yang akan menjual perkhidmatan sebegini.

Dari ringkasan yang ditulis seller dari Terengganu ini, dia cuma mahu mencari rezeki lebih. Bolehlah anda risik-risik kalau nak beli.

 

Jangan tak tahu, dalam perkhidmatan yang seller ini tawarkan, memang dah siap-siap masukkan pakej kejut sahur khas buat mereka yang ‘single’ dengan cara menelefon dan menghantar pesanan.

Harga ditawarkan pun tidaklah mahal iaitu bermula dari RM2 sehingga RM50 bergantung pada perkhidmatan yang dimahukan.

Dari butiran yang dikongsikan, agak melucukan juga kerana seller mengenakan harga yang tak masuk akal. Perkhidmatan itu pun masih belum ada yang sanggup beli. Mungkin nak dekat puasa nanti ramai pula nak cuba guna? 

Baca juga: https://themalaysialife.com/nak-kurus-sebelum-raya-elak-makan-12-makanan-ini/

Baca juga: https://malaysiadateline.com/kisah-sedih-ibu-melahirkan-tuan-tergamak-jadikan-ibu-seperti-pembantu-rumah/