Tidak dapat dipastikan betapa besarnya rahsia yang disimpan lelaki daripada isteri sehingga sanggup membayar 150,000 rupiah (RM45) kepada tukang baiki agar tidak membaiki telefon bimbitnya dengan sempurna.
Dalam video klip yang tular di media sosial, tukang yang mahu membaiki telefon itu bingung melihat nota berserta wang yang memohon dirinya untuk tidak membaiki telefon itu sepenuhnya lapor Merdeka.
Wang itu diberikan sebagai tanda terima kasih kerana melakukan seperti yang diminta pelanggan, namun tidak dapat dipastikan sama ada tukang baiki itu menurut perintah lelaki tersebut atau tidak.
“Encik, tolong jangan baiki telefon bimbit ini dengan betul. Nanti isteri saya yang akan mengambil (telefon bimbit), dan dia akan periksa (telefon bimbit) dengan teliti,” demikian menurut pesanan pada nota itu.
Hantaran itu menjadi tular di laman Twitter dengan netizen memberikan pelbagai komen dan ramai juga akan lebih keliru jika berada dalam situasi tukang baiki tersebut.
“Tukang baiki telefon jadi bingung. Ditolong berdosa, tidak ditolong pula, duit telah diberi namun tetap berdosa,” kata seorang pengguna.
“Bingung kalau saya yang jadi tukang servis,” kata seorang lagi netizen.
Baca Juga: Sibuk berkhemah di bawah pokok, pasangan kekasih disambar petir
Baca Juga: Denda menanti pada sesiapa yang ambil ganja semasa bercuti ke Thailand