Punyalah takut kena pukul, pencuri telefon polis untuk minta bantuan

Akibat takut kena pukul orang ramai kerana mencuri, seorang lelaki di Bangladesh nekad hubungi polis selepas terkandas dalam kedai yang dipecah masuk olehnya untuk mencuri.

Dia dikatakan terrkandas dalam kedai tersebut selepas mendapati terdapat kehadiran orang ramai di pasar yang terletak di bandar Barishal lapor The Business Standard.

Yeasin Khan, 41, memecah masuk sebuah kedai di kawasan AR Khan Bazar dan terperangkap pada Rabu lalu, kata polis Metropolitan Bandar, Asaduzzaman.

Lelaki itu menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan kerana bimbang dipukul oleh penduduk tempatan jika ditangkap. Ketika disoala kenapa dia tidak keluar sendiri, Yeasin leka mengumpul barang yang dicuri hingga terlupa waktu.

Dia selesai mengumpulkan barang-barang itu selepas waktu pagi dan orang ramai mula berkumpul di pasar ketika itu. Yeasin yakin dia akan dipukul oleh perusuh jika dia keluar dalam keadaan sebegitu.

Pemilik kedai, Jhantu berkata, dia tidak menyedari bahawa seorang pencuri memasuki kedainya dan membungkus barang di dalam begnya. Polis kemudian menahan Yeasin di lokasi kejadian selepas menyelamatkannya dari kedai, kata Asaduzzaman.

Baca Juga: Dua bulan tunggu mak jemput, wanita jadi gelandangan di lapangan terbang

Baca Juga: Kenapa 7 benda ini sangat bahaya jika ditinggalkan di dalam kereta?