Ramai cakap anak nombor dua degil, padahal karakter setiap anak berbeza

Setiap anak pastinya mempunyai karakter yang berbeza namun sudah menjadi kebiasaan untuk ibu bapa untuk membuat dakwaan anak nombor dua lebih degil jika dibandingkan dengan adik beradik yang lain.

Seorang lelaki berkongsi mengenai salah faham dengan Second Born Child (anak nombor dua) ni di Facebook miliknya Mohd Fhais Salim yang mengatakan ibu bapa lebih cenderung untuk mendapat masalah dengan perangai mereka namun sebenarnya mereka tidaklah sedegil yang disangka.

Karakter anak kedua ini memang selalunya ada perangai seperti keras kepala, susah di tegah, kuat bentak, kuat melawan dan self-centered tapi itu tak bermakna dia degil. Jangan salah faham.

Fhais menerangkan anak kedua sebenarnya mempunyai karakter yang agak kompetitif, mereka tidak suka kalah dan mahukan kemenangan. Anak nombor dua ini mempunyai keazaman yang tinggi dan pastinua tidak suka di arah-arah.

Walaupun tidak degil, Fhais tidak menafikan anak kedua biasanya akan membuat ibu bapa mengucap dan menguji kesabaran.

“Selalu berdoa di beri kekuatan, hanya Allah sahaja tempat bergantung. Sungguh! Nak mendidik anak ni bukan sahaja kena kuat sabar, tapi kena kuat iman juga.

“Saya yakin, bahawa di sebalik kedegilan anak anak kita ini tersembunyi hikmah besar yang bakal beri manfaat pada kita kelak. InsyaAllah.

“Orang kata degil degil anak kedua ni, dia la anak paling setia dan paling ingat orang tua nanti.”

Ramai ibu bapa turut berkongsi pengalaman dengan anak kedua mereka yang dikatakan agak berbeza jika mahu dibandingkan dengan anak mereka yang lain.

“Anak nombor dua, jiwanya lebih halus dan lebih berdikari. Anak yang paling banyak ujian tapi paling sensitif tentang adik beradik lain dan ibu bapa jika mereka susah. Ibu bapa memilih untuk luahkan kepercayaan bila dah besar sebab anak mobor dua lebih memahami. Walaupun nakal dan susah diuruskan masa kecil, membawa kepada tanggungjawab diamanahkan.” komen Lynda

“Anak kedua saya, sungguh perangai dia menguji tahap keimanan paling tinggi tapi dialah yang paling penyanyang,” komen Yatt.

“Betul tu tuan, macam anak perempuan saya yang nombor dua ini. Memang pening dengan sikap dia, asyik nak betul sahaja kadang-kadang sampai menguji tahap kesabaran saya tapi disebalik siakpanya yang selalu menguji, dia sangat memahami kita,” komen Hass Liza

“Anak nombor dua ini tak boleh dibentak atau tinggikan suara, kalau dia buat silap, kita sebagai ibu bapa kena tanya dan cakap elok-elok biar sampai dia faham. Hati dia mudah terguris, boleh jd dendam kalau kita terlalu ikut marah. Anak nombor 2 saya paling banyak mengalah dalam adik beradik, paling pendam kalau dia terasa hati. Kalau ada yang kata anak nombor 2 ni suka buat pening dan susah, sebenarnya awk tu yang tak sabar dengan anak. Setiap anak, lain karakternya. Tackle anak ikut kesesuaian karakter dia ,” komen Lina Zaki

Baca Juga: “Bukan budak biasa dik, boleh masuk World of Record!” – Netizen

Baca Juga: Peniaga kedekut, jual sandwich RM4 tapi boleh kira inti telurnya