Remaja mati lemas selepas berjaya selamatkan ibu dihanyut ombak

Remaja mati lemas selepas berjaya selamatkan ibu dihanyut ombak. Remaja perempuan berusia 18 tahun itu cuba menyelamatkan ibunya daripada lemas di sebuah pantai di Balikpapan, Kalimantan Timur namun gagal menyelamatkan dirinya.

Tular video di mana remaja terbabit nekad berenang di lautan untuk membantu ibunya yang ‘ditarik ombak’ lapor Derik.com.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Balikpapan Selatan, Iptu Hendri Saragih berkata mangsa berusaha untuk menyelamatkan ibunya namun dia pula yang dihanyutkan dan lemas.

“Jadi mangsa cuba menyelamatkan ibunya yang ditarik ombak, kebetulan ketika itu airnya tinggi, akhirnya mangsa dihanyutkan dan ditemui mati,” katanya.

Jelasnya lagi, kejadian itu berlaku ketika ibu mangsa, 52, sedang mencari plastik terpakai di pinggir Pantai Seraya, Daerah Balikpapan Selatan, semalam.

Ibu tergelincir sebelum dibawa arus

Ketika mencari plastik itu, wanita terbabit telah tergelincir dan dibawa arus.

Walapun wanita yang juga ibu mangsa berjaya diselamatkan oleh peduduk kampung, remaja terbabit pula dihanyutkan arus deras.

Difahamkan, dia diselamatkan oleh penduduk yang datang menghulurkan bantuan dengan menaiki bot.

“Ya ketika kejadian seorang lagi anak kepada wanita ini yang juga abang kepada remaja tersebut telah meminta bantuan penduduk setempat dan diselamatkan dengan menaiki bot,” ujar Hendri.

Keadaan ombak menyukarkan misi menyelamat

Menurut laporan, tindakan menyelamat itu juga dikatakan sukar kerana keadaan ombak ketika itu agak kuat.

Selepas kejadian, polis segera ke lokasi kejadian untuk tujuan siasatan manakala ibu mangsa kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Balikpapan.

Sementara itu, bedah siasat ke atas mangsa turut dijalankan dan jenazahnya akan diserahkan kepada keluarganya.

Baca Juga: Jenazah Iman Aqmar akhirnya dikebumi, hujan mengiringi perjalanan terakhir

Baca Juga: Jeli-Gerik laluan maut, sedih sampai sekarang tak ada lebuhraya. Malulah sikit dengan Thailand!