‘Ride’ Honda Goldwing 1800cc, 100km pun dah pecah rekod?

Hari ini, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mencipta rekod apabila muncul Ketua Menteri pertama menunggang motosikal lebih 100km untuk melakukan lawatan kerja dan ekspedisi bermotosikal dari Sibu ke Kapit, hari ini, sebagaimana di laporkan akhbar.

Beliau memulakan perjalanan pada pukul 8.30 pagi dari Eco-Park Sibu Jaya, Abang Johari yang menunggang motosikal jenis Honda Goldwing 1800cc, turut disertai 80 penunggang motosikal berkuasa tinggi lain termasuk Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Masing dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Bagaimanapun, ramai yang tidak hairan dengan pencapaian beliau yang hanya menunggang untuk 100 km sahaja  bahkan bagi rakyat biasa ianya adalah lumrah, apatah lagi dengan menaiki motosikal ‘kapchai’ boleh menunggang beratus-ratus kilometer. Ada yang menunggang dari utara ke Selatan dan Kelantan ke Kuala Lumpur.

“Alahai Rekod!

“Ramai mahasiswa dan pelajar biasa je punya rekod Tunggang Motosikal lebih 100km, dari kampung ke Universiti atau dari Universiti balik ke kampung.

“Bezanya mereka biasa menunggang motosikal Honda Cup 100-110cc, dua tayar.

“Jadi kalau setakat tunggang motosikal mewah 1800cc dengan 3 tayar sebenarnya bukanlah satu rekod yg perlu dibanggakan pada saat ramai mahasiswa kita terperangkap di kampus, ada yang ikat perut tak cukup makan, ramai rakyat kehilangan pekerjaan, banyak syarikat terpaksa gulung tikar, frontliners bertarung nyawa untuk menguruskan para pesakit Covid 19 dan macam2 lagi,” kata salah seorang pengguna FB.