Rumah Trump diserbu, peti besi diceroboh FBI

Rumah Bekas President Amerika Syarikat, Donald Trump diserbu ejen Biro Perseketuan (FBI) pada Isnin lalu. Trump Juga terkejut apabila peti besinya dipecah masuk.

Penyerbuan rumah bekas presiden tidak pernah berlaku sebelum ini dikatakan adalah salah satu daripada beberapa siasatan yang dihadapi Trump kini.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat enggan mengulas mengenai pencarian itu, yang Trump dalam satu kenyataan berkata serbuan membabitkan ‘kumpulan besar ejen FBI’.

Ibu pejabat FBI di Washington dan pejabat lapangannya di Miami kedua-duanya enggan mengulas mengenai hal terbabit.

Sumber mengesahkan kepada Reuters serbuan itu membabitkan penyingkiran rekod sulit oleh Trump dari Rumah Putih.

Trump berkata rumah itu sedang dikepung, diserbu, dan diduduki bagaimanapun tidak menyatakan mengapa serbuan itu berlaku.

“Selepas bekerjasama dengan agensi Kerajaan yang berkaitan, serbuan tanpa pemberitahuan di rumah saya ini tidak perlu atau sesuai,” kata Trump sambil menambah: “Mereka malah menceroboh peti besi saya!”

Trump tidak ada ketika itu kerana dia berada di New York pada Isnin.

Trump, menjadikan kelabnya di Palm Beach sebagai rumahnya sejak meninggalkan Rumah Putih pada Januari 2021.

Beliau menghabiskan musim panas di kelab golfnya di Bedminster, New Jersey, kerana Mar-a-Lago biasanya ditutup pada musim panas.

Baca Juga: Scammer dah upgrade, berani godam Telegram Ismail Sabri

Baca Juga: ‘Ingatkan nak buat laporan pasal LCS’, orang ramai sindir PM buat laporan polis isu digodam