Saham Tesla turun lepas beli Twitter, Elon Musk hampir hilang gelaran individu terkaya dunia

Pastinya ramai mengenali Elon Musk, pemilik Tesla yang membeli Twitter tahun ini. Namun disebabkan pembelian tersebut saham Tesla dikatakan menurun sehingga menyebabkan Musk nyaris kehilangan gelaran individu terkaya dunia.

Menurut Forbes, ketua eksekutif syarikat induk jenama mewah, Louis Vuitton LVMH, Bernard Arnault dan keluarganya sempat merampas kedudukan Musk sebagai individu terkaya dunia sebelum turun kembali ke tangga kedua dengan nilai kekayaan peribadi AS$185.3 bilion (RM816.4 bilion).

Musk dikatakan mengungguli carta individu terkaya dunia dalam senarai Forbes sejak September 2021, dan mempunyai nilai kekayaan sebanyak AS$185.7 bilion (RM818.5 bilion).

Namun saham Tesla dilaporkan merosot lebih 47 peratus sejak Musk membeli Twitter pada awal tahun ini, dan kemudian menurun lagi sebanyak 2.7 peratus.

Disebabkan itu nilai kekayaan Musk turun sehingga bawah AS$200 bilion (RM881.6 bilion) pada 8 November lalu.

Ini adalah disebabkan kebimbangan pelabur sekiranya Musk terlalu fokus dengan Twitter dan mereka buat keputusan untuk tidak melabur.

Tesla hilang hampir separuh nilai pasaran dan nilai kekayaan Musk juga dilapor merosok sehingga AS$70 bilion (RM308.5 bilion) selepas beliau buat bidaan untuk beli Twitter, April lalu.

Baca Juga: Guna wang simpanan sebanyak RM1,000 untuk bina bangsal terapung, cuba selamatkan barangan rumah sebab banjir setiap tahun

Baca Juga: Sentiasa ada pertolongan Allah – Jangan lupa iktibar dari kisah hari-hari terakhir hayat gadis solehah ini