Selalunya kalau bosan, kita akan cuba melakukan perkara yang menggembirakan diri dan bukannya menyakitkan. Namun kanak-kanak dari China ini menghilangkan rasa bosannya dengan meletakkan jarum akupunktur pada kemaluan sendiri.
Hal ini mengejutkan sepasukan doktor di China apabila melihat jarum akupunktur ketik melakukan imbasan X-ray pada kemaluan kanak-kanak tersebut lapor MailOnline.
Petugas perubatan menemui jarum itu selepas memeriksa pesakit berusia 11 tahun yang mengalami kesukaran untuk membuang air kecil. Budak lelaki itu memasukkan jarum tersebut 12 jam sebelum dia gagal membuang air kecil.
Disebabkan sukar menjelaskan kesakitan yang dialami, budak lelaki itu dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Jiangxi di wilayah Jiangxi untuk menjalani imbasan X-ray, dan disitulah mereka menemui sebatang jarum sepanjang 8 sentimeter yang dimasukkan ke dalam kemaluannya dan menghalang saluran pundi kencing.
Selepas menyoal budak lelaki itu, dia mengaku memasukkan jarum tersebut ke dalam saluran zakarnya kerana bosan dan ingin tahu sama ada perkara itu boleh dilakukan atau tidak.
Pesakit itu kemudian menjalani pembedahan untuk mengeluarkan jarum tersebut. Dia kemudian dibenarkan pulang selepas prosedur itu.