Usahawan yang mengalami kontroversi hingga melarikan diri ke Australia, Sajat menarik perhatian ramai apabila dia dengan senangnya menanyakan tips untuk hamil daripada netizen di akaun TikTok miliknya.
Hantaran yang mendapat 20 ribu tanda suka dan hampir 700 ribu view mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tergamam dengan soalan tersebut.
Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman,37, ada memuat naik video tersebut di TikTok untuk tatapan peminatnya.
@sajjadlegacy macam mana nak lekat ?
“Koranglah asyik tanya nasihat aku, aku nak tanya nasihat korang pulak. Macam mana mudah nak mengandung? Haa, macam mana nak lekat? Macam mana?”, tulisnya di ruang kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, pertanyaan Sajat itu mengundang gelak tawa netizen dan rata-ratanya memberikan jawapan berbaur sindiran kepada pertanyaan Sajat itu.
“First kena ada rahim, period teratur tak bang?”. tulis satu komen di video tersebut.
“Yang pertama mesti perempuan abang jat.”
Sajat sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan memuat naik gambar tisu yang dipenuhi darah dengan kapsyen ‘datang darah kotor bulan ini’, menunjukkan dia mahu terlalu obses untuk membuktikan dirinya adalah wanita.
Baca Juga: Sajat bakal keluarkan lagu single ‘Lagu itu tentang’