Bayangkan dibayar gaji tapi tak perlu buat kerja, pastinya ia menjadi idaman sesetengah manusia. Namun buat pekerja ini dia mengharapkan dapat membuat kerja yang sepatutnya dengan gaji yang diterima.
Seorang pekerja syarikat pengendali rangkaian kereta api di Dublin, Ireland menyaman majikannya dengan alasan menjadi mangsa buli di tempat kerja.
Dermot Alastair Mills menerima gaji sebanyak £105,000 setahun (RM560,729) lapor Wion News namun dia memberitahu Suruhanjaya Perhubungan Tempat Kerja bahawa selama dia bekerja sebagai pengurus kewangan untuk firma Irish Rail, dia tidak pernah melakukan apa-apa tugas.
Masanya dihabiskan dengan membaca surat khabar, makan sandwic dan berjalan-jalan. Dia juga hanya menghidupkan komputer dan membaca e-mel sahaja.
Namun semua itu tiada kaitan dengan pekerjaannya malah dia tidak ada mesej atau komunikasi dengan rakan sekerja di sana.
Masuk pejabat dua hari seminggu
Mills mendedahkan dia hanya ke pejabat dua kali dalam lima hari waktu bekerja. Dia juga sering pulang awal kerana tiada kerja yang boleh dilakukan.
Pernah menerima kenaikan pangkat pada tahun 2010, tapi dia terpaksa pula ambil cuti sakit selama tiga bulan. Namun majikannya kemudian menjanjikan bahawa dia akan menerima jawatan, gaji serta pangkat yang sama, menyebabkan dia kembali bekerja semula.
Namun Mills dilarang daripada menggunakan kebolehannya di tempat kerja ketika memberikan keterangan pada perbicaraan di Suruhanjaya Perhubungan Tempat Kerja baru-baru ini.
Sebelum membuat keputusan, Hakim Penelope McGrath akan menjemput pihak majikan untuk hadir secara sukarela sebelum mempertimbangkan permohonan.
Baca Juga: Buruh kimpal gagal seludup PATI, kereta dipandu terbabas
Baca Juga: Hebahan maklumat palsu: Pasukan media JPM dipuji, MCMC digesa tegas ambil tindakan