Tidak mahu alpa dalam keseronokkan duniawi, 200 pelajar tahfiz raikan ambang merdeka dengan zikir dan selawat di Masjid Raudhoh Tahfidz Al-Quran di Hulu Langa, semalam.
Penyelaras Sambutan Ambang Merdeka Malam Cinta Allah dan Rasul, Amran Che Noh berkata, sambutan itu julung-julung kali dianjurkan oleh Raudhoh Tahfidz Al-Quran dan Pertubuhan Al-Khair Selangor.
“Penduduk sekitar turut hadir meraikan malam ambang merdeka di sini. Objektifnya untuk mengalih pandangan masyarakat terhadap cara menyambut malam ambang merdeka.
“Menyambutnya dengan berzikir dan berselawat adalah lebih baik berbanding kita menyertai program berbentuk hiburan di padang-padang,” katanya kepada Kosmo.
Sambutan Ambang Merdeka Malam Cinta Allah dan Rasul yang bermula selepas solat Asar diisi dengan pelbagai aktiviti keagamaan seperti bacaan yasin dan tahlil, ceramah, Qasidah Patriotik dan banyak lagi.
Baca Juga: 6 fakta jalur gemilang yang anda patut tahu
Baca Juga: MRT menuju Dataran Merdeka penuh seawal jam 5 pagi lagi