Sambutan Hari Kemerdekaan India gah, kibar bendera pada ketinggian 30km atas bumi

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 75, Space Kidz India mengibarkan bendera negara itu pada ketinggian 30 kilometer (km) atas bumi. Bendera negara India itu berkibar pada altitud 32 kilometer di atas Bumi dengan hanya menggunakan belon.

Space Kidz India mengibarkan bendera negara itu pada ketinggian 30 kilometer (km) di atas Bumi sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara berkenaan yang ke-75,

“Ini merupakan tanda penghormatan dan penghargaan buat semua pejuang kebebasan dan kebanggaan buat mereka yang bertungkus-lumus untuk membuatkan India berbangga setiap hari,” kata Space Kidz India.

Organisasi itu baru-baru ini melancarkan sebuah satelit digelar AzaadiSat yang dibina oleh 750 pelajar sekolah perempuan dari seluruh India lapor laman berita Wion News kelmarin.

Satelit itu bagaimanapun diletakkan di bahagian orbit tidak stabil dan sudah tidak dapat digunakan, kata Organisasi Kajian Angkasa Lepas India.

Space Kidz India merupakan sebuah pertubuhan bermatlamat untuk melahirkan saintis muda negara dan memupuk kesedaran mengenai dunia angkasa lepas tanpa sempadan kepada kanak-kanak. – Agensi

Baca Juga: Kalau jodoh tidak kemana! Lelaki kahwini bayi dilihat dalam ‘stroller’ 20 tahun lalu

Baca Juga: Ada yang aneh, paranormal dakwa asyik berjalan di tempat sama, lihat nenek Painah dijaga lembaga besar