‘Saya hanya mahu kelihatan sihat dan gembira’ – BCL sedih difitnah hamil padahal berat badan naik

Hanya kerana kelihatan buncit, Bunga Citra Lestari dituduh sedang hamil anak rakan baiknya sendiri. Sedih dengan isu yang timbul, Bunga tampil perjelas bahawa dirinya hanya berisi kerana pemakanan dan bukan sebab mengandung malah mengaku dirinya sihat dan gembira.

Penyanyi popular Indonesia, Bunga menegaskan dia tidak hamil seperti didakwa, sebaliknya perubahan pada susuk tubuhnya berlaku disebabkan berat badannya bertambah.

“Sebagai wanita yang pernah melahirkan anak, perut saya tidak kempis. Kebetulan gambar itu dirakam pada sisi yang menampakkan perut saya buncit.

“Saya juga manusia normal yang suka makan pada waktu tengah malam. Jadi, tidak hairan kalau berat badan saya bertambah.

“Cuma, saya sedih apabila ada pihak yang mempersenda perubahan itu. Saya manusia biasa dan tidak sempurna. Tapi, tidak mengapa kerana bukan semua orang faham perkara itu,” katanya .

Badan besar sebab bahagia

Bunga atau lebih mesra disapa BCL memaklumkan, dia sebenarnya gembira dengan bentuk badannya sekarang yang kelihatan lebih sihat berbanding sebelum ini lapor Utusan Malaysia.

“Tiga tahun lepas, berat badan saya merosot walaupun saya makan dalam kuantiti yang banyak.

“Sekarang, saya gembira apabila berat badan akhirnya bertambah. Saya berharap orang melihat dari perspektif itu, tetapi sebaliknya pula berlaku.

“Saya hanya mahu kelihatan sihat dan gembira. Saya terima apa yang telah diberikan dan kalau lapar, saya makan. Itu normal,” ujarnya.

Baca Juga: Langgar perintah injuksi, ahli keluarga Ira Kazar pula diberi notis peguam

Baca Juga: Jumlah calon PH paling dekat dengan komposisi kaum di Malaysia