“Saya harap kita tak berjumpa lagi…” Isteri kecewa, suami dalam ICU sedang tenat, bila cek phone suami penuh mesej dan video bersama perempuan simpanan

Hubungan suami isteri seharusnya sebuah hubungan yang tiada rahsia dan setiap pasangan perlu sentiasa jujur dengan pasangan masing-masing.

Sebuah akaun TikTok @djnasz telah berkongsi satu kisah sedih yang dikongsi oleh seorang isteri bernama Sue. Cerita Sue, suaminya merupakan seorang suami yang baik dan penyayang.

Perkahwinan mereka juga telah mencecah 7 tahun. 6 minggu sebelum suaminya meninggal, arwah dikatakan dimasukkan ke ICU kerana pneumonia.

Sewaktu itulah segala-galanya terbongkar rupanya selama ini suaminya ada hubungan dengan wanita lain di belakangnya. Ketika di ICU, doktor meminta Sue untuk mencari ahli keluarga suami yang lain.

@dj_nazz

♬ original sound – DJ Nazz

Dia yang tidak mengetahui kata laluan phone suaminya agak buntu untuk berbuat apa-apa. Akhirnya dia mendapat tahu suami mempunyai 4 adik beradik dan 2 anak lelaki juga mempunyai perempuan simpanan.

Sue juga berjaya membuka kata laluan suami dan menjumpai segala mesej, gambar dan video suaminya bersama perempuan simpanan.

Perkara tersebut sangat mengecewakan hatinya dan dia tidak lagi mampu menyentuh suaminya itu yang sedang terlantar di ICU.

2 hari sebelum arwah meninggal dia sempat membersihkan badan suaminya dan dia sempat meminta maaf dari suaminya itu. Dia juga berbisik yang dia memaafkan kesalahan suaminya dan berharap mereka tidak akan berjumpa lagi.

Keesokkannya, suaminya meninggal dunia dan Eda tenang menguruskan jenazah suaminya.

Baca juga: Lelaki ini sanggup berendam lebih 3 jam dalam ais demi pecahkan rekod dunia