“Saya perjuangkan ini untuk diri sendiri dan anak-anak” – Puteri Sarah lega kes berjalan lancar

Walaupun ramai yang membidasnya kerana membuka aib suami sendiri, Puteri Sarah tak terus melatah malah dia hanya ingin perjuangkan hak dirinya dan anak-anak daripada terus ditindas pihak ketiga.

Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 37 memaklumkan mengenai khabar berita Ira Kaza yang sudah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkannya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ira juga dipanggil mengenai dua aduan di JAWI serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada penghujung Jun lalu yang juga difailkan oleh Puteri Sarah.

Pelakon tersebut dikatakan tidak dapat memaklumkan tarikh sebenar keterangan kerana tidak mahu menganggu siasatan dan sedang menunggu ianya selesai sebelum ke peringkat seterusnya.

Dia berasa lega melihat perkembangan kes aduannya itu yang berjalan dengan baik. Dalam pada itu, Sarah menyatakan kini dia dan keluarga tidak lagi diganggu oleh pihak ketiga selepas arahan injuksi dikeluarkan.

“Saya perjuangkan ini untuk diri sendiri dan anak-anak. Ia memang satu proses yang panjang tetapi alhamdulillah, ada progres.

“Saya tak kisah menunggu asalkan ada pergerakan tentang siasatan ini. Nampak usaha keras saya berjalan.

“Pihak di sebelah sana tidak boleh berkomunikasi langsung dengan saya dan mendekati keluarga saya.

Dia turut mengakui hidupnya kini lebih aman. Ira Kaza kini disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Baca Juga: Ira Kaza dipanggil JAWI, kes ganggu rumahtangga Puteri Sarah

Baca Juga: Patah balik ambil kasut yang tertanggal, anak kecil ini tetap berjaya muncul juara lari pecut