Selepas PMR, PT3 pula dimansuhkan

Selepas PMR, PT3 pula dimansuhkan. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan bahawa Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dimansuhkan mulai 2022.

Menurutnya, sebelum pandemik pT3 telah dilaksanakan di sekolah di mana guru-guru menjana soalan-soalan untuk murid-murid mereka dan peperiksaan dilaksanakan di bawah kawalan guru-guru di sekolah

“Hari ini kita membuat keputusan bahawa PT3 akan dimansuhkan mulai tahun ini,” katanya.

Beliau mengumumkan mengenai perkara tersebut dalam Sidang Media Khas sebentar tadi.

Dalam sidang media itu, beliau juga memaklumkan mengenai pentaksiran baharu.

“Semua orang tertanya-tanya bila tiada UPSR dan PT3, bagaimanakah ibu bapa boleh mengetahui mengenai prestasi murid-murid mereka dalam konteks matapelajaran yang mereka belajar di sekolah.

“Oleh yang demikian, sepertimana yang biasa kita sebutkan bahawa sejak daripada penghapusan UPSR pada tahun yang lalu, KPM telah memfokuskan pada usaha-usaha untuk memperkasakan pentaksiran berasaskan sekolah atau PBS,” katanya.

Taksiran berasaskan sekolah ini mempunyai tiga komponen iaitu Pentaksiran Biik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Kokurikulum (PAJSK) dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik (PPSI).

Jadi adakah PT3 ini dimansuhkan kerana kegagalan dari Kementerian Pendidikan, berapa lama pentaksiran baharu yang akan dilaksanakan bertahan?

Apakah pelajar akan terus menjadi tikus makmal sehingga kementerian pendidikan jumpa solusi untuk sistem pendidikan di Malaysia? Sehingga itu, teruslah bertahan anak muda.

Baca Juga: Pelakon China didenda RM4.74 juta kerana iklan palsu

Baca Juga: JKR perjelas RM519 juta selenggara Istana Negara sebenarnya untuk tempoh 7 tahun