Selepas suntik ‘filler’, bibir wanita ini bengkak tiga kali ganda

Memiliki bentuk bibir cantik dan seksi sememangnya menjadi idaman wanita agar ianya manis dipandang.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir wanita tidak pernah rasa puas dengan bentuk bibirnya, malah sanggup melakukan apa sahaja agar ianya kelihatan menarik.

Namun, jangan pula tersilap percaturan kerana ada kalanya rawatan itu boleh memudaratkan seperti yang berlaku kepada seorang wanita.

Baru-baru ini, seorang wanita dari Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) mengalami alahan melampau, apabila bibirnya membengkak tiga kali ganda daripada saiz normal.

Ia dikatakan terjadi selepas mendapatkan ‘filler’ pada bibir dengan kos AS$350 (RM1,643).

Wanita itu mendapat potongan harga bagi prosedur yang tidak menggunakan jarum.

Bagaimanapun, selepas pakar kecantikan menyuntik ‘filler’ pada bibir wanita itu menggunakan pen hyaluron, wanita itu disyaki mengalami kejutan anafilaksis.

Kejutan anafilaksis terjadi apabila sistem imun berlebihan, menyebabkan tekanan darah menurun dan saluran pernafasan menjadi sempit, malah dalam kes lebih teruk, menyebabkan ia tertutup.

Akibatnya alahan itu, dia tidak dapat bercakap dan makan selepas tindak balas alahan itu berlaku pada bibirnya.

Baca Juga: Mat Sabu beri bayangan pertahan kerusi Parlimen Kota Raja

Baca Juga: Jangan bagi alasan Mykad hilang untuk tak keluar mengundi, ganti yang baru ambil masa 30 minit sahaja