Semakin banyak garis kedut di muka, Mike Tyson percaya ‘waktunya’ bakal tiba

Semakin banyak garis kedut di muka, Mike Tyson percaya ‘waktunya’ bakal tiba. Ramaii yang menanti kemunculan semula legenda tinju dunia itu di gelanggang pertarungan namun Mike Tyson mahu lebih fokus kepada hidup yang tidak tahu bila akan berakhir.

Tyson yang berusia 56 tahun kerap dikaitkan dengan kemunculan semula di gelanggang pertarungan sejak beberapa bulan lalu. Antaranya dengan bintang YouTube Jake Paul yang hangat diperkatakan peminat tinju.

Namun ia tidak akan menjadi kenyataan jika ramalan Tyson mengenai jangka masa kematiannya benar-benar terjadi.

Bercakap di podcast Hotboxin bersama Mike Tyson semalam, dia berkata: “Kita semua akan mati pada suatu hari, sudah tentu.

“Dan apabila saya melihat cermin, saya nampak beberapa garisan kedut di muka saya. Saya kata ‘wow’. Ini bermakna riwayat hidup saya akan berakhir tidak lama lagi, ya semakin dekat’.”

Baca Juga: Tragis di hari bahagia, wanita maut terkena peluru sesat

Baca Juga: Duit memang tak boleh bawa mati tapiā€¦ , pakar ini kongsi tips elak berhutang sampai ke kubur