Sengaja buat live sembahyang, Ifa Raziah nak buktikan diri solat

Belum selesai isu bergelek di majlis akikah, ditegur pula oleh ustaz ustazah kini Ifa Raziah tampil membuat live di Instagram untuk membuktikan dirinya adalah manusia biasa yang juga jaga hubungan dengan Allah.

Walaupun sedar diri akan tetap dikecam namun Saripah Raziah Mustapha, 46, itu tetap berbuat demikian bagi menutup mulut segelintir netizen yang kerap mempersoalkan amal ibadahnya selama ini.

“Memang saya nak menunjuk ibadah kepada netizen yang suka mengecam dan melabel saya sebagai jahil,”itulah kenyataan penyanyi dangdut sensasi Ifa Raziah susulan tindakannya membuat siaran langsung ketika menunaikan solat baru-baru ini.

“Memang saya nak menunjuk kepada umum yang menuduh saya mencabar Allah, ahli neraka dan tidak solat. Jadi, saya tunjuklah bahawa saya menunaikan solat dan menjaga hubungan dengan Tuhan.

“Semua itu untuk membuktikan saya bukan seperti yang dikatakan netizen. Walaupun saya hina pda pandangan manusia, Insya-Allah tidak pada-Nya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dia berasa bingung kenapa manusia yang tidak pernah tinggal bersamanya adalah yang paling hebat mengkritik. Seolah-olah mereka tahu apa yang dilakukan di sebalik pintu.

“Mereka yang cakap saya macam-macam, seperti mereka duduk serumah pula dengan saya.

“Tak perlulah nak menghakimi sesuka hati kehidupan saya. Namun, benda begini jika tidak menunjuk, orang tak akan percaya.

“Saya akan cuba untuk perbaiki kelemahan diri. Hidayah semuanya datang daripada Allah dan hanya Dia yang tahu perkara terbaik untuk saya,” katanya lagi.

Apabila disoal sama ada dia akan memaafkan pihak yang mengecamnya selama ini, dia tiada niat lagi untuk memaafkan dan berharap dapat bersemuka pada hari pembalasan sahaja.

“Maafkan, tidak. Nak sekolahkan mereka juga tidak.

“Tunggu saja di Padang Mahsyar nanti,” tegasnya.

Baca Juga: “Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke?” Kali ini Ifa Raziah ditegur pula ustaz Pas

Baca Juga: Bergelek bukan semasa majlis akikah tapi acara ulang tahun perkahwinan, Ifa Raziah dibayar berpuluh ribu untuk persembahan

Baca Juga: Boleh pula harga berbeza ikut warna kulit, ramai kongsi pengalaman sendiri selepas tonton aksi parodi pemuda ini