“Separuh hidup berbakti dengan mak ayah, tapi bila kakak balik kampung aku pulak yang dijadikan macam anak tiri”

Assalamualaikum buat semua pembaca di ruangan ini. Biarlah cerita aku diluahkan di sini kerana tiada siapa yang sudi mendengar masalah aku. Aku adalah andartu yang tinggal bersama ibu bapa di rumah aku sendiri.

Biar aku bagi gambaran keluarga aku macam mana. Ibu seorang yang suka mengarah, pemarah, kaki spin cerita, kuat berdrama, suka menyump4h, tidak bersyukur, pilih kasih, suka berjalan dan kurang jaga solat.

Ayah pula seorang yang kuat berangan nak jadi kaya, percaya benda mistik, tidak boleh memimpin keluarga kerana kurang tegas dan kerap bersikap lepas tangan tetapi dengan orang luar sangat bertanggungjawab, banyak berpura – pura depan orang luar.

Ibu bapa aku kerap berg4duh sehingga menyump4h ser4nah didengar jiran keliling. Bayangkan dari aku sekolah sehingga umur sekarang umur aku dah lebih 40 tahun m4kin teruk per4ngai diorang.

Perg4duhan dari benda kecik tak masuk akal yang biasanya dimulai oleh bebelan ibu aku yang sentiasa tidak berpuas hati dengan bapa aku dan terus ungkit mengungkit kesalahan bapa aku yang lama – lama atau baru sampai menidakkan pengorbanan bapa aku.

Itu jer lah yang aku hadap dari zaman sekolah sampai sekarang. Bila emak aku patah kaki dan susah bergerak, bapa aku lah yang paling banyak uruskan t4hi k3ncing ibu aku. Aku dapat membantu siapkan keperluan makan minum mandi ibu aku sebelum kerja dan sambung balik bila aku balik kerja.

Adik beradik aku pula semua duduk dan kerja jauh, jadi memang akulah yang akan bantu jaga ibu aku dan ibu aku ni banyak kali dah s4kit. Yang aku nampak dalam adik beradik aku selama ni, hanya adik aku sorang je yang kira berinisiatif turun padang membantu guna tulang empat ker4t meringankan kerja aku.

Abang – abang dan kakak aku selalunya datang macam tuan jer. Diorang datang berborak, gelak banyak, keluar berjalan. Rumah aku kira macam hotel je. Aku dari dulu memang pegang title bibik dalam rumah walaupun aku berkerja masa diorang bercuti di rumah aku.

Keluarga aku rasa aku ni yang perlu bersyukur dengan diorang semua sebab diorang dah kahwin, aku andartu yang perlukan diorang semua kalau ada masalah bak kata keluarga aku lah terutamanya ibu bapa aku. Tapi dalam hati aku, aku sedar, diorang semua yang senang dengan adanya aku.

Lagipun selama ini aku tak mintak tolong adik beradik aku pun untuk hidup, aku cuma nak berbakti dengan orang tua aku tapi dalam masa yang sama aku bantu ringankan adik beradik aku. Sebabnya diorang tak jaga pun ibu bapa aku, cuma untuk enjoy berjalan-jalan je adalah diorang buat untuk ibu bapa aku, kecuali adik aku jer ada yang baik jaga orang tua berbanding yang lain tau cakap dan komen je.

Tapi akhir – akhir ni semenjak kakak aku pindah anak beranak ke rumah aku sebab emak aku patah kaki, aku jadi m4kin str3ss dengan bertambah – tambah kerja rumah nak kena buat. Bila aku baru nak mengadu dengan ibu, aku dah kena marah, tengk1ng, oleh ibu.

Sedangkan kakak aku dahlah tak membantu buat kerja rumah, padahal anak dia tiga orang masih kecil – kecil lagi. Kakak aku ni pulak tumpang senang dengan tulang empat ker4t aku. Aku turun kerja awal dalam pukul 5.40 pagi dah keluar rumah.

Aku bangun pukul 3/4 pagi untuk siapkan apa yang dapat disiapkan dahulu macam mesin baju, masak, sarapan dan keperluan aku sendiri sebelum turun pergi kerja. Sampai masa aku tutup pintu rumah untuk keluar kerja kakak aku tak bangun pun lagi untuk buat apa yang patut untuk keperluan dalam rumah.

Bila aku dah tak tahan aku sound suruh semua pindah rumah ibu bapa aku yang tak jauh dari rumah aku kira dalam 15 minit kalau naik kereta. Untuk pengetahuan korang, dengan ibu bapa aku sekali aku suruh pindah sebab aku dah tak larat dan ibu bapa aku ini terlalu banyak memalukan aku.

Jiran – jiran aku memang selalu dengar ibu bapa aku berg4duh, ibu bapa aku plak selalu mengugvt aku kononnya yang diorang nak pindah rumah diorang sendiri tapi akhirnya tak jugak pindah – pindah. Aku bukan nak halau ibu bapa aku sebenarnya.

Tapi diorang ni terlalu membebankan aku dengan tugas, tanggungjawab, bertambah masalah dan kewangan aku m4kin sesak bila kakak dan anak beranak duduk serumah. Ibu aku buat tak tau yang aku tersepit dalam situasi ni.

Malah dia lebih kesiankan kakak aku anak beranak dan jaga hati kakak sebab dia dah berkahwin. Habis tu aku yang tak berkahwin ni kena galas semua kerja! Huh! benci double standard sejak dari dulu. Sebenarnya banyak sangat perkara meny4kitkan hati yang ibu aku buat, bapa aku tak sangat.

Ibu ni lebih banyak putar belit keadaan supaya nampak dia jer baik dalam keluarga aku. Aku rasa aku tak nak duduk bersama dengan ibu bapa aku lagi sebab aku cuma jadi anak derh4ka bila duduk bersama. Jadi lebih baik ibu bapa aku duduk rumah dia sendiri atau duduk dengan anak – anak dia yang lain.

Selama 18 tahun selepas keluar dari U aku dah duduk dengan diorang. Jadi biarlah adik beradik aku ambil alih pulak tugas aku tu. Hampir separuh umur aku cover, adik beradik aku semua yang duduk jauh, biarlah diorang pulak merasa duduk dengan orang tua.

Aku tak fikir diorang dapat bertahan macam aku, kalau dapat tu baguslah. Diorang pun anak jugak, bukan aku sorang je anak yang kena galas semua tanggungjawab keluarga untuk jaga ibu bapa aku. Tak reti nak cerita terlalu panjang dan bersimpang siur masalah keluarga aku. Asyik aku yang dipersalahkan, anak yang tak bagus. Penat hidup aku.

Baca juga: Baru tahu ada resepi nasi lemak untuk anak kecik, ikut sebijik-sebijik resepi ni!