Kelihatan manis Datin Lisa Surihani memakai baju yang longgar dan menutup aurat, tambahan dia juga sering dilihat hadir di majlis ilmu yang dilakukan para selebriti. Namun sebolehnya dia enggan menceritakan liku perjalanan perubahannya kepada umum.
Bagi Lisa setiap manusia yang istiqamah ada perjalanan masing-masing dan dia lebih selesa untuk menyimpan kisah perjalanan dirinya sendiri.
“Bukan tidak mahu berkongsi, tetapi setiap orang ada cerita dan perjalanan sendiri. Apatah lagi, jika berkait rapat dengan aspek kerohanian.
“Mungkin ada sedikit rasa dalam diri ini, tetapi bagi saya, ia tidak perlu diceritakan,” katanya.
Hadir majlis sebab nak tambah ilmu agama bukan menunjuk-nunjuk
Sementara itu, menjawab isu segelintir netizen yang mendakwa majlis ilmu dihadiri ramai selebriti sebagai acara menunjuk-nunjuk, Lisa berkata, dia menerima jemputan untuk berkongsi dan menambah ilmu agama.
“Setakat ini, saya belum pernah nampak komen sebegitu. Tetapi, menjawab persoalan itu, saya dan rakan selebriti lain dijemput untuk berkenalan dan berkongsi ilmu.
“Itu adalah majlis pengisian untuk kita belajar ilmu agama. Setiap bulan, kita akan bertukar-tukar tuan rumah. Alhamdulillah, ia majlis ilmu yang baik,” katanya kepada Utusan.
Baca Juga: ‘Saya sedih, sampai hati Datuk Awie….’, Aliff Syukri sedih dipanggil Hamlau oleh idolanya