Shahidan dakwa tiada mana-mana MP akan tarik sokongan dari Muhyiddin

“Jika beliau (Muhyiddin Yassin) meletakkan jawatan, kerajaan sudah pasti akan runtuh”, begitu jelas Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim setelah Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memetik laporan Utusan Online, Shahidan berkata, tiada mana-mana ahli Parlimen yang akan menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Jelasnya lagi ia mengambil kira sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dulu yang tumbang selepas Tun Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Kami tuntut penjelasan daripada Presiden tentang tarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin. Sebab jika beliau meletak jawatan, kerajaan sudah pasti akan runtuh.

“Tempoh yang diberi kepada Muhyiddin untuk meletak jawatan itu sehingga bila? Berikan penjelasan.

“Di peringkat awal ini, tiada ahli Parlimen yang akan menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin, kami akan meneruskan tugas sebagai wakil rakyat dan isu rakyat adalah keutamaan kami,” katanya.

sumber : https://suara.tv/08/07/2021/tiada-mana-mana-ahli-parlimen-yang-akan-menarik-sokongan-terhadap-muhyiddin-shahidan-kassim/