Siar gambar bogel di OnlyFans, bekas doktor dipenjara 6 tahun

Tindakan seorang wanita yang juga model dan bekas doktor memuat naik gambar bogelnya di laman OnlyFans membawa padah apabila dia dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas kesalahan memudaratkan budaya dan maruah

Nang Mwe San dari Perbandaran Dagon Utara dinafikan hak untuk mencari seorang peguam atas kesalahan jenayah yang dilakukan. Ini adalah disebabkan tempat tinggalnya berada di bawah kawalan undang-undang tentera di Yangon.

Berkongsi foto dan video bogel di laman langganan dewasa dan platform media sosial dengan tujuan mendapat bayaran boleh dihukum sehingga tujuh tahun di bawah Seksyen 33 (A) Undang-undang Transaksi Elektronik negara ini.

Bekas doktor itu dibicarakan di Mahkamah Penjara Insein, lokasi yang turut menempatkan tahanan politik sejak rampasan kuasa tentera pada Februari 2021.

Walaupun model berusia 34 tahun itu, yang sebelum ini mengambil bahagian dalam protes terhadap tentera, dipercayai orang pertama ditahan kerana kandungan seperti itu di Myanmar, tetapi beberapa wanita lain turut menjadi sasaran kerajaan junta sejak kebelakangan ini. – Agensi.

Baca Juga: Berkenalan hanya di Facebook, wanita cantik kahwini penjual ikan

Baca Juga: Akibat tinggalkan bayi dan keluar rumah – Anak asuhan gigit, pulas kedua-dua telinga