Sibuk tipu orang, scammer terkejut penerima panggilan tahu nama sebenar

Sibuk tipu orang, scammer terkejut penerima panggilan tahu nama sebenar. Salah seorang dari mereka menghubungi satu individu. Kedengaran gadis tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Carolina dari Microsoft.

Namun kedengaran penerima panggilan itu memanggilnya Priya membuatkan gadis scammer terkejut habis.

Penerima tersebut bukan sahaja tahu satu nama, malah dia boleh senaraikan semua nama pekerja yang ada dalam video terbabit.

Video tersebut juga memperlihatkan Priya ketakutan dan hampir menagis serta lari daripada ters bercakap dengan penerima terbabit.

Walaupun sudah kantoi, salah seorang scammer lelaki tersebut terus cuba menipu penerima panggilan tersebut namun tidak berjaya.

 

 

@22.amarjeet

Hacker calls scammer by their realname #staysafeeveryone #thief #scammers

♬ original sound – amarjeet

 

 

Siap ada rakaman CCTV pejabat scammer itu lagi, memang terkenalah mereka ini. Perkongsian rakaman scammer terkejut penerima panggilan tahu nama sebenarnya ini telah meraih perhatian warganet dengan tiga juta tontonan.

Salah satu pengguna tiktok mempersoal scammer terbabit yang dikatakan daripada AS namun mempunyai loghat dari India.

Jadi kalau ada menerima panggilan dengan loghat yang terlalu pelik, jangan angkat dan abaikan. Segera buat laporan polis, jika tidak wang simpanan habis melayang.

Baca Juga: Wanita mendaki Everest untuk rekod kali kesepuluh

Baca Juga: 9,000 restoran mamak tidak akan naikkan harga