“Cantik rupa cantik akhlak”
Itu pujian diberikan netizen kepada pelakon popular, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin atas sikapnya yang disenangi ramai.
Ia susulan sikap pelakon berusia 39 tahun itu yang dilihat tidak kekok melayan kakitangan dan peminatnya di Institut Kanser Negara.
Menerusi perkongsian dimuat naik seorang pengguna @fazuralovers di laman TikToknya, kelihatan aktres itu tidak dapat menahan sebak ketika sedang melawat seorang pesakit.
Apa yang menjadi bualan netizen adalah cara Fazura menyantuni pesakit di sana.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap yang dimiliki Fazura meskipun memegang status selebriti.
“Alhamdulillah… Fazura antara artis yang baik… alhamdulillah..”
“Cantik manisnya Fazura… suka betul tengok dia…”
Baca Juga: Manifesto PH tumpu isu dekat dengan rakyat
Baca Juga: Berjodoh dengan bekas guru disiplin, pasangan ini tidak kisah walau beza umur 20 tahun