Simpan duit sikit-sikit sebab nak bayarkan yuran KAFA kawan, bapa tersentuh lihat kegigihan anak

Tak semua anak-anak diberikan keupayaan yang sama daripada segi mental dan fizikal namun setiap anak pastinya unik jadi janganlah membezakan mereka kerana kelemahan mereka, seperti anak ini yang sanggup menyimpan duit buat rakannya.

Kegigihan seorang anak ini menjadi bukti membuat baik tidak hanya termaktub kepada satu peringkat umur. Malah dia sanggup mengumpul duit simpanan untuk membauar kos yuran rakannya yang ingin berhenti kelas KAFA.

Bapa kepada pelajar lelaki tersebut memuat naik hantaran mengenai anaknya di Facebook Nasaie Ismail, untuk berkongsi kebaikan anaknya moga menjadi tauladan buat yang lain

“Semalam Yusuf minta RM20, untuk genapkan simpanan dia selama sebulan yang dah capai RM80. Tujuannya nak bayarkan yuran kawan. Bulan lepas dia maklumkan sedih, ada kawan nak berhenti sekolah petang (kelas KAFA) sebab tak mampu bayar yuran.

“Rupanya dalam diam dia kumpulkan duit belanja sekolah dan duit yang atok, opah dan wan, tok wan bagi. Dapatlah RM80. Yuran nak dibayar RM100. Alhamdulillah petang ni InsyaAllah Yusuf akan bayarkan yuran untuk kawannya.”

“Kadangkala apabila tengok anak anak sebegini akan menyedarkan kita bahawa ukuran yang kita letakkan pada setiap anak-anak tidak boleh sama. Terutamanya dalam akademik.”

Benarlah bukan semua anak anak mempunyai keupayaan yang sama. Tetapi setiap anak anak pastinya dijadikan dengan kelebihan tersendiri yang unik dan perlu diraikan kelebihan tersebut.

Baca Juga: Curi dua bateri tapi bayar satu, pemilik mahu pulangkan duit sebab yang dicuri bateri rosak

Baca Juga: Usah sedih! Banduan VIP diberi layanan berbeza, boleh akses internet atau tidur atas tilam berkualiti tinggi