SPRM ‘terbang’ ke Arab Saudi, nekad sahkan surat derma Najib Razak

SPRM telah meminta kerjasama undang-undang dengan Arab Saudi untuk mendapatkan maklumat berkenaan surat derma yang diterima oleh Datuk Seri Najib Razak.

Penguasa Kanan SPRM, Nur Aida Arifin, memberikan keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-49, mengatakan bahawa agensi penguatkuasaan itu tidak menerima sebarang maklum balas atau kerjasama daripada negara tersebut.

Beliau yang disoal balas peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, sehubungan itu, beberapa pegawai kanan SPRM pergi ke Arab Saudi untuk bertemu dengan dua putera Raja Arab yang memberikan keterangan melalui peguam mereka.

Beliau menyatakan bahawa pegawai terbabit telah bertemu dengan dua putera raja yang memberikan kenyataan melalui peguam mereka bahawa surat itu memang berasal daripada Al-Saud.

“Sama ada SPRM berpuas hati atau tidak dengan maklumat berkenaan, saya tidak bersetuju. Pertama, keterangan yang diambil bukan daripada Putera Al Saud sendiri dan tiada bukti bertulis yang menunjukkan salinan asal surat dan bukti yang menunjukkan ia sememangnya daripadanya (Putera Al-Saud),” katanya.

Dalam keterangan sebelum ini, bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo, menyatakan bahawa ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, Kee Kok Thiam, telah diarahkan untuk menyediakan surat pengesahan daripada Al-Saud bagi menyatakan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun Najib Razak adalah derma dari Arab Saudi.

Baca juga: “Dah bertahun tak jenguk mak ayah, sebenarnya aku takut nak melawan sebab bini lagi kaya”